 Graduate Excellence Assistance Training (GREAT) Year 2009 Programme: GRADUATE EXCELLENCE ASSISTANCE TRAINING (GREAT) Category: Personal Development Programme Type: Academic PENGENALAN Pusat Jaringan Universiti-Industri (UIL), UUM sentiasa meningkatkan perkhidmatannya dalam usaha memberi pendedahan awal yang berfaedah kepada mahasiswa bagi mereka memulakan kerjaya setelah tamat pengajian nanti. Mereka perlu dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran ’soft-skill’ dan ’interpersonal skill’ yang boleh memberi bimbingan serta membina sahsiah diri dalam alam pekerjaan dan seterusnya mempunyai keyakinan diri yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka. Kertaskerja ini adalah untuk mendapat pandangan mengenai cadangan untuk mengadakan program meningkatkan kebolehpasaran graduan UUM. Pelaksanaan program ini dicadangkan untuk para pelajar yang berada di semester akhir.
2.0 RASIONAL PROGRAM
2.1 Untuk menyediakan bimbingan dan latihan kepada pelajar sebelum menjalani praktikum; 2.2 Untuk menerapkan kemahiran insaniah di kalangan sasaran kumpulan pelajar yang akan menjalani praktikum; 2.3 Untuk meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan kemahiran kebolehpasaran supaya para graduan mendapat peluang pekerjaan setelah menamatkan pengajian (employability); 3.2 Membentuk graduan yang bersifat tanggungjawab kepada keperluan majikan, menepati masa dan berintegriti (reliability); 3.3 Membina sifat graduan yang cekap berfikir mengenai keperluan serta dapat mengurus kekangan majikan dan organisasi (sensibility); 3.4 Membentuk para graduan yang dapat menyediakan khidmat kerja yang sesuai dan sepadan dengan projek atau tugas yang diberi (flexibility); 3.5 Memberi kemahiran dan motivasi supaya bakal graduan sentiasa ingin membina diri dan terus mencapai kejayaan dalam perkhidmatan mereka. 4.0 PERLAKSANAAN PROGRAM
4.1 Program ini mempunyai 2 bahagian iaitu :
4.1.1 Modul Pertama : Pelajar akan mengikuti pendedahan mengenai perancangan kerjaya, penyediaan resume dan pembawakan diri menghadiri temuduga dan juga cara penampilan pakaian yang sesuai untuk ke pejabat.
TARIKH | MASA | KURIKULUM | Hari Pertama | 0830-0900 | Taklimat Program | 0900-1030 | Career Planning | 1030-1100 | Minum Pagi | 1100-1230 | Career Planning | 1230-1400 | Makan tenghari Solat | 1400-1730 | Psychological dan Psychometric Test | 1730 | Bersurai | Hari Kedua | 0830-1030 | Resume Presentation Video Resume | 1030-1100 | Minum Pagi | 1100-1300 | Interviewing Skills | 1300-1430 | Makan Tengahari Solat | 1430-1630 | Networking | 1630-1700 | Employer Expectations | 1700 | Bersurai |
4.1.2 Modul Kedua : Pelajar akan mengikuti program latihan yang melibatkan kemahiran interpersonal dan kepimpinan seperti kemahiran berunding dan menyelesaikan masalah.
TARIKH | MASA | KURIKULUM | Hari pertama |
| Taklimat program |
| Ice Breaking |
| Effective Communications - Communication Styles - Listening Skills - Presentation Skills | Hari Kedua |
| Teamwork - Conflict management - Cross cultural management | Hari Ketiga |
| Leadership - Problem solving - Decision making - Critical thinking - Negotiation skills |
Hari Keempat
|
| Integrity - Time management - Emotional self control - Accountability |
4.2 Kedua-dua modul ini akan menjadi pelengkap kepada pelajar sebelum dan selepas mereka memasuki alam pekerjaan. Semua pelajar diwajibkan untuk menghadiri Modul Pertama sementara Modul Kedua, hanya pelajar yang terpilih sahaja yang akan menyertai namun ia masih terbuka kepada sesiapa yang berminat. 4.3 Pelaksanaan program ini khusus untuk pelajar-pelajar tahun akhir yang akan menjalani praktikum bagi sesi A092 (Disember 2009). Back |